Saturday, May 5, 2018

Assalamualaikum

Maa shaa Allah... dah lama sgt tak bukak.. tiba2 rindu sgt nak citer2 kat sini.. ni gara2 si kakak le .. cikgunya suruh buat blog.. tetiba ibu pon teringat yg ibu ada blog.. huhuhuhu.. 5 tahun lepas last update.. dari berempat.. now dah berEnam ok.. Alhamdulillah.. rezeki Allah bg... tambahan lagi sorang boy n sorang girl..  ok.. dah lewat sgt ni.. kalau ikutkan mcm2 nak citer.. takpe2 .. In shaa Allah ada rezeki masa utk citer lagi... tdo.. nite..

Wednesday, July 17, 2013

Salam Ramadhan.. 2013



Salam Ramadhan untuk semua.. rasanya masih belum terlambat kan.  Lamanya tak update blog ni.. tetiba teringat lak nak update.. Life semua ok.. Syira pon lebih kerap berpuasa setakat ni.. ponteng time weekend sbb tak tahan tgk Daus makan depan dia.. hiihi..Ramadhan thn ni aku akan cuba berpuasa penuh walaupun tgh pregnant.. cuba la kan.. InsyaAllah.  = ) .  Nanti bila2 update lagi.. Hari ni nak pi berbuka free kat NY Hotel.. byeee..

Wednesday, January 9, 2013

Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. Syukur ku pada Ilahi.  Walaupun pencapaianku tak seberapa.. Tapi ini sudah cukup untuk menaikkan semangatku untuk berusaha lebih gigih untuk menjadi Perantara Insurans yg terbaik.

Bukan ganjaran wang yg menjadi penyebab utama aku ceburi bidang ini. tapi.. Keikhlasan dan kesungguhan aku untuk memberi info penting pada kenalan2 di sekeliling ku tentang kepentingan berinsurans.. Supaya pengalaman ku ketika Syira di masukkan ke hospital, dapat aku kongsi bersama. Betapa penting nya berinsurans walaupun hanya  dengan premium yg paling murah sekalipun.

Semoga tahun ini aku akan dapat menjadi perantara insurans yg lebih baik dan semoga aku dapat menyampaikan informasi penting ini kepada lebih ramai kenalan2 ku. Ya Allah, Kau permudahkan lah segala urusan hambaMu ini.. Aminn..


Thursday, December 20, 2012

Kejap cuti.. kejap tak.. per cer..??

5 thn dgn company ni buat aku dah lali dengan pihak pengurusan yang kurang professional. Ingatkan makin besar company ni, pihak pengurusan lebih cekap dan professional.. but.. still kat takuk lama.. emm.. sedih.. nak buat keputusan mcm budak2.. suka2 bg tau declare cuti.. suka2 last minit  undeclare pulak.. So.. kesim pulan akibat cuti yg undeclare maka kena lah aku kerja hari ni.. Dengan rasa kecewa sebab dah janji ngan syira utk bawak dia and adik jln2.. weekend aku dah penuh.. kelas.. kelas.. kelas.. (sendiri yg buat keputusan nak blaja kan..? hahahha) mlm2 pun bz.. assignment n study...  kalau ada free sket.. mula la  nak kena isi ngan kerja2 berkaitan ngan Insurans pulak..  Bersyukur sekurang2 nya aku tak bazirkan masa utk perkara2 yg tak berfaedah, mungkin pengorbanan yg aku buat sekarang, akan beri aku lebih masa untuk anak2 pada masa akan datang.. InsyaAllah. Cuma harap syira boleh faham situasi ni.. Mungkin umur nya baru 5 thn, tapi anak dara aku ni sgt matang.. Semalam bila aku bg tau yg aku kena kerja hari ni, dia menangis, tapi bila bangun tidur pagi tadi.. aku explain lagi, kenapa aku perlu kerja hari ni... dgn muka sedih dia kasi aku pi kerja... emm..  kalau la dia tau yg sebenarnya kalau boleh ibu dia ni nak selalu ada disamping anak2 . Cepat la masa berlalu.. Habis jek final exam nanti, aku akan make sure, cuti sem nanti lebih byk quality time ngan dorang..

Friday, December 14, 2012

Menerima Hakikat..?


Kecundang jua.. emm.. last game semalam antara Malaysia and Thailand. agregat 3-1.  First half yang menyakitkan hati. Ref bengong.. gerammm nyer..  Baru 1st half tapi brape byk nak bg kad kuning daa.. Emm.. nak komen lebih2 pasal bola bukan pandai sgt pon..  Tapi agak kecewa dgn sistem pengadilan game semalam..  Bila dah kalah.. mula lah perkataan  "if" tu berlegar2.. if ref tak kuarkan  Fadli , if Safee dapat main awal, if Mat Yo and Safee dapat score depan gol semlm tu.. Sure Malaysia dah layak pi final..  

Tapi.. nak buat mcm ne kan.. kena terima hakikat kekalahan.. kalau penyokong semua kecewa.. sure player Malaysia semua lebih kecewa.. Anyway dorang pon dah buat yg terbaik utk Malaysia. Selamanya akan tetap menyokong..!  = )

p/s tak sabar nak tgk Mat Yo beraksi dlm team yg baru... woot woot..  ke stadium la kita pasni...  ; P

Tuesday, October 30, 2012

Most Outstanding Takaful Product AIA AFG Takaful (A-Medik)




Alhamdulillah.. Syukur dan berbangga kerana menjadi sebahagian dari keluarga AIA AFG Takaful...Sebenarnya bukan mudah nak jadi perantara Insurans Takaful ni.. ramai kawan2 dan saudara-mara.. tapi tak semua dapat kita sampaikan secara langsung pada mereka tentang penting nya berinsurans..

Berat rasa hati bila ada terbaca tentang kawan2 yg sakit / meninggal.. Selalu terfikirkan. adakah aku dah jln kan tanggung jawab aku utk berkongsi tentang kepentingannya..? Tak kira dari syarikat Insurans mana sekalipun.. mahal atau murah polisi insurans tu.. apa yg penting.. kena btul2 faham akan konsepnya.

Penting untuk mereka2 yang bujang.. dan sgt penting untuk yg berkeluarga... ! Bagaimana nak melindungi kewangan ketika kita masih hidup/sihat dan apakah yg kita perlu ada supaya jika kita hilang upaya/ sakit berat ataupun meninggal dunia, keluarga atau waris kita hidup tidak meminta2..? Renung sejenak dan fikirkan lah...

Terdapat byk syarikat Insuran Takaful diluar sana dan tentunya anda ingin kan syarikat yg terbaik untuk melindungi diri dan keluarga anda kan..? = )

Untuk info dan keterangan lanjut, sila hubungi 016-7400043 / 012-7283281 / 017-7857476 (Fauzieeyah/Fadhly)

Kami sedia membantu anda berkongsi maklumat. = )







Tuesday, October 2, 2012

Penting atau tidak perlindungan Insurans..? Anda yg tentukan..!





Petikan ni aku dpt dari satu blog. Sangat menarik dan aku nak share pada semua.. = )

“Kalau begini punya penting, kenapa orang selalu lari atau tidak mahu ambil insurans/takaful?” Kadang-kadang soalan yang sama berlegar dalam fikiran saya. Mulanya dulu saya pun hairan, tetapi lama kelamaan saya akur.

Melalui pengalaman berhadapan dengan orang ramai, memang apa yang diperkata oleh pelanggan diatas ada benarnya. Lain orang mempunyai pemahaman yang berlainan. 

Malah ada yang ekstrim menggelarkan agen insurans seperti minta sedekah. Sedangkan jika kita faham, kewujudan agen ini adalah untuk mengelakkan kita meminta-minta jika musibah melanda. Adakah agen itu meminta sedekah jika usaha agen itu adalah menyelamatkan dia daripada mungkin bakal menjadi peminta sedekah?. Fikir. 


Top 10 alasan lazim kenapa orangramai tidak mahu mengambil pelan perlindungan adalah; 

1. Saya tidak ada duit 
2. Saya tidak percaya agen insurans 
3. Saya tidak percaya dengan insurans 
4. Saya ada simpanan dan perlindungan lain 
5. Saya tidak percaya dengan syarikat insurans 
6. Saya sudah ada perlindungan yang diberikan oleh majikan 
7. Saya masih lagi muda 
8. Saya tiada tanggungan 
9. Saya tidak ada masa untuk mendapatkan insurans 
10. Saya kena berhenti merokok ke? 
Dan saya ingin menambah satu lagi..

no 11 : tidak tahu, tidak mahu ambil tahu dan tidak peduli. Walau apapun alasan yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada mendapatkan polisi perlindungan, melindungi diri individu dengan insurans adalah jauh lebih penting daripada semua alasan diatas. 


Sebab yang paling utama bagi setiap individu untuk memiliki pelan perlindungan adalah supaya keluarga anda dapat meneruskan gaya hidup seperti sekarang walaupun sekiranya musibah yang tidak pernah disangka-sangka berlaku. 


Selain itu, polisi insurans juga direka untuk memenuhi keperluan spesifik masa depan anda dan juga keluarga, samada ianya untuk memenuhi keperluan tabung pendidikan anak, membesarkan ahli keluarga, mencapai impian anda ataupun satu persaraan yang selesa. 


Terdapat banyak pilihan pelan insurans dipasaran yang anda boleh pilih, mengikut matlamat dan keperluan anda. 


Mulakan mencari pelan dan syarikat insurans yang paling sesuai dengan anda hari ini. Yang paling penting, adalah menjadi keutamaan anda untuk memastikan anda dan keluarga anda dilindungi, tanpa mengira berapa pun usia anda sekarang. 


CUBA RENUNGKAN : The importance of a medical card today is unquestionable - do you have RM20,000 - RM100,000 in cash to pay for minor surgery or a major operation should an accident or illness strike? Many of my clients are employees and have a life and/or medical plan offered by their employers - but what happens when you turn 55 (or the retirement age at that time) and the coverage stops? Purchasing a plan at th...at age will cost 8-10 times more compared to you purchasing it before the age of 30. And…you may not be able to purchase any coverage if you have any illnesses - it would be too late! Friends, you should consider the followings: 

1.The rising cost of good healthcare - medical costs inflate between 10-15% a year 
2.Coverage is cheaper to purchase when you are younger 
3.Illnesses & accidents can strike anyone, at any time 

So.. camne.. fikir dan renungkan.. kalau rasa minat nak dapat info lanjut, feel free to contact me.. ok... Azie 012-7283281 / 016-7400043 / 017-7857476