Tuesday, August 18, 2009

Karnival konvokesyen UTM

Actually hari ni dah hari ke-4 aku n dear meniaga kat tapak konvo ni.. sambutan ok la.. yg penting pada kita org. to promote this kuih for Hari Raya... Kuih Ros a.k.a kuih goyang.. tak pernah aku terfikir nak meniaga kuih ni.. sbb mak aku memang tak pernah buat kuih ni...

Tak plan langsung nak meniaga kat sini.. start dari tapak kat Karnival Mega MARA @ Angsana yg dpt secara tiba2.. share ngan Rahim.. kawan lama masa sama2 kerja kat Standard Chartered.. Cerita2 pasal tapak konvo.. tapi.. dah fully booked katanya.. emm.. masa tu kita org fikir memang takde rezeki... Nak dijadikan cerita... Rahim tanya ngan Halim... emm.. dia ni pun kawan masa sama2 kat SCB... Halim bg tau yg ada tapak.. harga memang murah la.. so kita org pun setuju jer.. Alhamdulillah dapat gak tapak konvo... Start on Friday 14/8.. tapi hari jumaat tu tak meniaga lagi..sbb baru nak tgk tapak...

Jumaat..

Dear tgk tapak tu sorang.. aku kerja.. yg lain2 ada hal masing2... emm dear kata ok.. aku pun ingat ok jer.... so.. mlm bersiap2 utk meniaga esok kat UTM..

Sabtu...

Start bukak tapak agak lambat.. dlm kul 2 camtu... tapak yg aku sangka kan kat Tapak karnival.. rupa2 nya kat Area Rumah Wangi... emm.. patut la murah... emm.. nak buat camner.. meniaga je la.. aku call quilla utk tanya pasal tapak ni.. memanndangkan dia ex-student UTm.. sure tau pasal rumah wangi nih... quilla kata.. tpt tu tak ramai org... cuma org byk parking kereta kat situ je...emm.. risau gak ni.. kang tak balik modal.. pastu tapak nak bayar lagi... bahaya gak nih.. tak lama pastu Rahim dtg.... bila dia tgk tapak.. emm dia pun mcm tak percaya... dia kata.. dia tak bleh continue kalau kat situ.. emm .. then dia pi survey kat tapak karnival... Alhamdulillah... akhirnya..kita org dpt tapak btul2 kat karnival konvo tu.... share ngan kedai bunga.. hihihi.. syok la aku..dpt tgk bunga selalu....

Hari2 yg seterusnya..

Sambutan amat menggalakkan... so.. dari hasil kita org bukak gerai, kita org dpt satu customer org Mara yg nak kita org supply kuih kat dia..Alhamdulillah.. pastu ramai gak la tokeh2 kuih raya yg mintak kita hantar kat tpt dorang bukak kedai utk kuih raya nanti... yeayy..

Last day, kita org tak dpt nak tunggu sampai penutup sbb syira sebuk ajak balik.. dah letih dah agak nya... tu lah.. sebuk sgt nak ikut... dah penat main kat tpt karnival, pastu sebuk ajak balik pulak.. huhuhuhu...