Wednesday, June 30, 2010

4th Anniversary..





Hari ni Ulang thn perkahwinan aku yg ke-4.. emmm kejap je masa berlalu... Dlm 4 thn ni mcm2 ada... Ada yg best.. ada yg tak best.... yg best nya dlm masa 4 thn ni.. aku di kurniakan 2 org baby yg sgt cumil & bijak....emm... rezeki... = )

Yg tak best pon byk.... tapi nak buat mcm mana.. biasa lah asam garam hidup rumah tangga.... kalau takde dugaan...tak mencabarla kan.... Alhamdulillah... so far.. semua dugaan2 tu dapat aku n fadh harungi sama2... Hope in future hidup kita org akan lebih bahagia dan semoga dikurniakan lagi baby2 yg comel2.... = )

4 thn.... tak sangka gak... Dari perkenalan yg sangat singkat.. kita org kawan.. pastu kawen.. pastu ada anak.... tup2 dah 4 tahun... Alhamdulillah.. Fadh masih macam dulu.... sgt sabar ngan aku yg "sgt degil" ini....huhuhu..

Ok la.... very special dedication to my beloved hubby...

Happy 4th Anniversary dear.. Semoga hubungan kita berkekalan, diberkati Allah dan semoga rezeki untuk kita sekeluarga akan bertambah2.... = ) Luv u always Abang..... mmmuaahh...

Wednesday, June 23, 2010

Syira @ Hospital

Hari Jumaat, 21 Mei.. .

Fadh and anak2 amek aku kat office mcm biasa... dlm kereta aku tgk syira senyap je tak mcm selalu... pastu tiba2 dia cakap yg dia sakit perut.... aku ingatkan sakit perut biasa nak buang air ke.. aku ckp la kat dia.. syira kalau nak berak.. berak la.. pastu dia kata.. tak nak la.. nanti kereta ayah busuk... emm.. aku biarkan je la dia sbb pada sangkaan aku.. dia memang sakit perut sebab nak buang air... malam kat rumah syira muntah2... teruk jugak.. sampai bila dah 5 kali muntah.. aku bg tau fadh nak kena bawak syira pi klinik.. mlm tu jugak aku pegi klinik.. kat klinik doktor kasi dia ubat masuk kat bontot utk senang buang angin and untuk berak.. pastu.. tak lama pastu syira bg tau aku yg dia nak berak.. aku teman dia pi toilet kat klinik tu... dah selesai semua aku bawak la jumpa doktor balik.. pastu dok tor kata perut dia ada angin.. doktor kasi ubat tahan muntah, ubat angin... Dlm kul 3 kat rumah syira still muntah...

Sabtu 22 Mei,

Pagi ni syira dah tak muntah sangat.. tapi dia start mengadu perut dia sakit sgt.. bila aku tgk.. perut dia kembung and keras... takut jugak aku .. mula la dlm kepala dah fikir yang bukan-bukan.. macam2 cara aku buat nak kasi lega perut dia.. aku letak minyak yu yi la.. aku tuam ngan tuala panas la... tak gak susut2.... si syira pulak dah langsung takde selera nak makan.. minum.. aku tgk keadaan dia pulak dah lemah... petang tu, syira mula berak2 pulak... tambah la aku risau... dah muntah2.. pastu berak2 pulak... esok nya tu aku decide bawak dia pegi hospital Putri.. sampai sana syira kena buat x-ray , ultra-sound.. pastu tgk result, doktor kata usus syira kena jangkitan kuman... usus dia bengkak sikit.. pastu syira kena tahan kat wad.. ni gambar syira kat hospital putri....





kesian sgt tgk dia....

3 hari kat hospital Putri doktor cuma bagi tau yg syira negative(-ve) rotavirus... Alhamdulillah... Tapi aku risau tengok keadaan perut syira yang tak susut2 tu... Doktor cakap takde yg serius, cuma perut dia kembung... angin...

Selasa 25 Mei,

Doktor kasi syira keluar hospital and continue ubat kat rumah... dgn alasan, perut syira dah lembut sikit.. Walaupun pada hakikatnya aku tgk perut syira masih kembung... Dah doktor kata dah ok.. kita ikut je la.. takkan nak memandai pulak kot... Balik kat rumah, syira masih mengadu perut dia sakit... tension jugak masa tu sebab aku dah tak tau nak buat macamana...tiba2 syira start muntah balik.. kali ni muntah kaler biru2 hijau... masa ni aku doa byk2 supaya tak jadi benda yg serius kat syira... badan dia makin lemah... tak nak makan. .tak nak minum.... Masa ni tuhan je yg tau macamana perasaan aku.... Aku bagi dia makan ubat mcm biasa. dengan harapan dia cepat pulih macam biasa....

Rabu 26 Mei,

Keadaan syira takde perubahan.. tetap dia mengadu perut dia sakit... hari ni dia mula berak2 lagi... And kemuncak nya bila malam tu dia muntah banyak sangat and muntah dia warna hijau pekat... Mak suruh aku and fadh siap2 bawak dia pi hospital putri balik... Sampai kat hospital ngam2 kul 12 tgh mlm, kita org masuk kat emergency room... Sekali lagi syira kena buat x-ray.... Doktor yg check syira bg tau yg usus syira makin teruk... syira dah lemah sangat... dia terus suruh nurse masukkan air kat tangan....Doktor tu buat call, dia call doktor lain utk refer kes syira.. Putri specialist doktor semua tak nak handle kes syira.. Doktor yg periksa syira masa syira masuk wad ari tu pon suruh refer kes syira kat GH... nasib baik doktor kat wad emergency tu baik.. dia tgk syira.. and maybe dia kesian sangat.. dia call sorang doktor pakar dari kempas medical centre, Dr.Francis. Dr. Francis accept this kes and suruh syira transfer ke KMC... Doktor yg kat putri tu ada bg tau.. yg syira kena buat operation... Masa tu aku dah tak boleh tahan sedih.. aku menangis dah tak hiraukan orang sekeliling... Tak sanggup aku nak tengok anak aku yang masih kecik ni kena operate.. Fadh tenangkan aku.. nak tak nak aku terpaksa redha and tawakal demi utk tgk anak aku sihat mcm biasa... Aku teman syira naik ambulans pegi KMC.. 1st time.. and kalu boleh no more 2nd time...

Sampai kat KMC buat registration and tak lama pastu Dr. Francis sampai.. dia tgk keadaan syira.. and benda yg pertama sekali dia kata.. dia suspect appendix... syira masuk wad lagi.. and doktor bagi syira ubat antibiotik untuk bunuh kuman dalam usus tu dulu... and kalau esok dah ok.. operation kena buat pagi2....


Khamis 27 Mei,

Pagi2 tu ada sorang doktor pediatrik (Dr. Khu)datang tgk keadaan syira.. Actually Dr.Francis yg mintak dr khu tgk keadaan syira sama ada syira cukup stabil atau tidak utk di bedah.. Atas nasihat Dr.Khu.. syira tak boleh di bedah hari tu.. dia kena stabilkan dulu kandungan mineral and potasium dlm badan dia yg dah drop giler2... So Dr. Francis setuju and decide utk buat operation on the next day....

Jumaat 28 Mei,

Pagi2 Dr. Khu dtg ambil sampel darah syira utk buat test.. result menunjukkan syira dah boleh di bedah... Dlm pukul 10pagi nurse2 dah siapkan syira utk masuk Operation Theatre (OT) aku teman syira masuk dlm OT. Doktor kasi syira bius.. lepas tu aku kena tinggalkan syira utk di bedah.. Aku tunggu kat luar OT.. doa pada Allah tak putus-putus.... Bila syira dah siap di bedah, doktor panggil aku masuk OT balik.. .dia nak bila time syira sedar nanti.. aku dah ada kat sebelah dia... Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. and aku sangat2 bersyukur... :)



Ni gambar appendix syira yg dah pecah dalam perut tu... dan benda ni lah yg menyebabkan perut syira kembung dan dipenuhi air2 kuman yang dah merebak kat semua bahagian usus.



Ni gambar syira lepas pembedahan...



Tiub yg kat hidung tu di sambung sampai perut utk buangkan sisa2 air kotor yg masih ada dlm perut syira..

4 hari kat hospital keadaan syira makin pulih... Alhamdulillah...





Amek gambar ni sebelum kuar hospital... yeayy.. balik rumah..



Ibu akan sentiasa doakan kesihatan anak2 ibu... Semoga anak2 ibu jadi org yg berguna dan membanggakan ibu dan ayah. Dan semoga sentiasa sihat sampai ibu menutup mata....Ibu sayang sangat syira n adik......